Tuesday, 24 May 2011

:: RUMPUT & KASIH SAYANG ::


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh..Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas..

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala..^^




" Cinta itu seperti kupu-kupu. Tambah dikejar, tambah lari. Tapi kalau dibiarkan terbang, dia akan datang disaat kamu tidak mengharapkannya. Cinta dapat membuatmu bahagia tapi sering juga bikin sedih, tapi cinta baru berharga kalau diberikan kepada seseorang yang menghargainya. Jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik.."




withlove,

MaisarahKamaruzaman..<3



17 comments:

neyna's said...

sayanggggggggggggggggg =)

Farhan Zulhusmi said...

suka akan kata-kata ini...
rumput itu kalau dari luaranya semuanya cantik...tapi bahgian akarnya??
tiada siapa yang taw....

Maisarah said...

cik hanan : sayanggggggg cik hanan jgk :)



Farhan : betol 2.. camtu lah jgk ibarat nye manusia..rambut sama hitam,hati die kte xtaw :)

sha said...

suka kata2 kat sini..yg berwarna merah tu.

TQ for sharing.

kite pun dapat mgingatkan diri kita, wlpn dah byk kli baca cerita kat atas tu.. =)

jom lawat blog kite

cik teyn teyn said...

hargai seseorang itu dengan seadanya dia :)

Prince Halilintar said...

betul tu..prince bersetuju dgn kate2 cikgu itu =)

salam kenal dari prince jugak..

nureenina said...

hahahaaha..jiwang~

kotak bulat said...

pernah baca yang ni dulu..
heheh..
btw, salam perkenalan

Mohd Ridhuan said...

biar dtg dgn sendiri...
hope dpat yang terbaik...
insyaallah...

Tokwan Muda said...

waaaaaahhhhhhhhh............terharunyeeeeeerrrr.....ada lagikah orang yang ikhlas hargai cinta....

cik aisha said...

pnh tbaca gak sblm ni...apapun tak rugi baca lg sbb ada msgnye cite tersebut..:)

humirako said...

saya xnak rumput yang cantek sye cuma nak rasa tenang berada di kawasan rumput2 nan hijau tu...:-)

Diary oF Mine said...

heheehe... nice la... :))

rais said...

tp cnta kpa Allah dan Rasulny kna la cri.. xleh tgu je, n hny manusia yg dikehendakiNy saja yg dpt hidayah ketika mereka lalai dgn nikmat dunia.. seharusny kta cri hidayah 2 krna Allah da bg jln kpa kta dgn meletakkan kta dlm keluarga islam.. dr mrka yg dilahirkn dlm keluarga bkn islam.. advantage kpd kta krna lahir2 je da islam.. bersyukur lah kta, insyaAllah.. amin

Khairil said...

nice story...

SyAE SyEa said...

nice n3..
best lah :D

Maisarah said...

tanx yer kamu sume..syg korang lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...